Sunday, July 27, 2008

Peperiksaan Percubaan

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada kawan-kawan...
Hari ini saya nak menceritakan tentang peperiksaan.Sekarang ini saya sedang mejalani peperisaan percubaan kat sekolah agama dan kebangsaan.Amat memeritkan!!!! Dah lah tu,sekolah agama & sekolah kebangsaan serentak.Rasa nak tercabut je otak ni.Tak pe lah....janji lulus periksa.Saya nak beritahu kawan-kawan ni,mulai ari ni kita semua dah x leh main2 lagi.Semoga berjaya dalam peperiksaan akan datang!!!


Yang benar,
Aqilah prihatin

Thursday, July 17, 2008

UPSR & PSRA Sudah Hampir

Salam Sejahtera Semua Pelajar2 TAHUN 6.
Apa Khabar semua, tahukah anda semua, peperiksaan UPSR & PSRA kurang daripada 55 hari. Adalah menjadi tanggung jawab semua pelajar2 tahun 6bahaw peperiksaan ini menjadi kayu pengukur tahap pencapaian yang akan berakhir tahun ini sebelum melangkah kealam persekolahan pada 2009.
Sekiranya kita gagal menafaatkan peluang ini maka seharusnya penyesalan akan bersarang didalam dada sepanjang masa kegagalan yang dialami. Untuk itu jangan jadikan kegagalan sebagai tajuk utama dalam perjuangan kita serta matlamat pencapaian yang telah kita sematkan didalam dada dan juga kotak pemikiran.
Kita semua perlu abadikan kejayaan yang bakal dikecapi sebagai wadah perjuangan untuk tahun yang akan datang.
Selain itu, kita juga perlu mendapat kan tips2 cara pembelajaran yang betul,cara utk menjadi pelajar yang cemerlang dan kita harus menjaga kesihatan diri dan selalu bersenam serta selalu memakan makanan yang berkhasiat. Beri tumpuan dalam kelas juga dapat membantu kita. Jika kita menumpukan perhatian ketika guru mengajar,kita tak perlu pergi ke kelas tambahan kerana kita sudah faham dan boleh menjawab soalan. Sampai di sini sajalah dulu tips2 yang saya dapat bagi kat kawan2. Jangan tinggal solat & belajar bersungguh-sungguh. Work hard & work Smart!!!!

YANG IKHLAS,
-aQiLAH-